Sunday, 5 July 2015

Ahmad Maslan : Dato Sri Najib Merupakan satu-satunya Perdana Menteri Yang Menurunkan Harga Minyak


Mereka yang marah dengan tindakan Putrajaya memotong subsidi bahan api itu, merasa jengkel dengan kenyataan timbalan menteri kewangan itu yang Datuk Seri Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak ketika harga di pasaran jatuh pada 2009.

Dakwaannya itu dimuat naik dalam laman Twitter pada 3 Oktober dan disertakan dengan paparan grafik untuk menjelaskan secara terperinci berapa banyak harga minyak meningkat naik pada 1990 hingga 2013.
Ia menunjukkan peningkatan yang stabil dalam harga petrol daripada RM1.10 seliter pada tahun 2000 kepada RM2.70 pada bulan Jun 2008.

Pada September 2009, lima bulan selepas Najib menjadi perdana menteri, harga minyak turun kepada RM1.80 seliter.

Dalam posting yang sama, Ahmad menulis: "Najib merupakan satu-satunya perdana menteri yang menurunkan harga minyak. Apabila berkaitan dengan penurunan adakah sesiapa tampil berterima kasih kerana beliau berbuat demikian? Ada tak? Atau mereka buat-buat tak ingat?"

Majoriti mereka yang mengulas postingnya melabel Ahmad sebagai pengampu kerana membodek bosnya dengan mempertahankan keputusan Putrajaya mengambil dasar yang tidak popular.

"This is the man I like to have in my office. The way he jacks, ten tons also ‘kalah’,” (Ini orang yang saya hendak di pejabat saya. Cara dia membodek, 10 tan pun kalah) kata seorang pengguna Facebook menggunakan nama “West Wood”.

Pengkritik lain pula memberi komen lebih kesat dan segelintir daripada mereka menggunakan ayat biasa untuk membalas kembali kenyataan Ahmad dalam laporan The Malaysia Insider seperti "bodoh", "rasa nak muntah" dan "mati".

Setakat ini Ahmad merupakan di antara anggota pentadbiran Najib yang menulis  mengenai pemotongan subsidi‎ di laman sosial Twitter.

Kebanyakan menteri dan ahli politik yang aktif di laman sosial itu tidak berani mengulas mengenai isu tersebut.

Petrol RON 95 naik sebanyak 20 sen kepada RM2.30 seliter manakala minyak diesel pula kini berharga RM2.20 seliter.

Pemberi komen lain mempersoalkan Ahmad kerana tidak memberi penekanan mengenai kesan daripada kenaikan minyak yang akan menyebabkan peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang akan menyebabkan inflasi.

"Pertama, ketika harga minyak turun pada 2009, adakah harga barangan juga turun?" kata individu bernama Sham Ridzuan di Twitter.

"Keduanya, bagaimana dia tahu kita tidak pernah berterima kasih kepada Najib," soal Ridzuan.

Pengguna laman sosial dikenali Ben Yap berkata, kerajaan memotong subsidi namun tidak melakukan yang terbaik menolong rakyat untuk meningkatkan pendapatan untuk berdepan kenaikan kos sara hidup.

"Mereka patut memotong semua subsidi termasuk gaji minimum di semua sektor, membatalkan permit pekerja asing untuk meningkatkan pengambilan pekerja tempatan dan pembayaran perkhidmatan awam.

"Adakah mereka akan berbuat demikian, menghapuskan subsidi sedikit demi sedikit tanpa membuat perubahan dalam kehidupan (gaji, kadar faedah) hanya akan mencetuskan inflasi.

‎"Pakar ekonomi kedai kopi seperti saya boleh melihat kesan mudarat dari pemotongan subsidi. Siapa dan apa yang menteri kita lakukan? Hairan apakah kelayakan mereka untuk jawatan tersebut?"

Pengguna Twitter Mhchemat mengkritik Ahmad kerana merendah-rendahkan pemikiran rakyat Malaysia dengan mengucapkan terima kasih kerana memahami rajah tersebut.

"Isunya bukan kerana kami tidak faham, namun isu yang sebenarnya adalah rakyat merasa terbeban. Anda menaikkan sedikit tetapi secara berterusan itu ok. Tapi 20 sen tidak ok.

"Encik menteri, adakah anda tahu apabila hujung bulan kebanyakan rakyat hanya mempunyai RM50 dalam poket mereka?"

Manakala sesetengah pemberi komen ‎memberi kritikan dengan sudut berbeza dan mendakwa Ahmad cuba mengelirukan rakyat meletakkan harga beberapa jenis minyak dan menyenaraikan dengan bentuk turutan bermula 2000 hingga 2013.

Pengguna Facebook Chai Kian Hee mendakwa, rajah grafik tersebut disalah anggap sebagai RON95, kerana jenis petrol itu hanya berada dalam pasaran‎ pada 2009.

Sebelum September 2009, pengguna hanya mempunyai pilihan sama ada RON97 dan RON92. –sumber


VIRAL : Kisah Perit Wanita Ini Lumpuh Selepas Bersalin Akibat Kecuaian Nurse Pelatih.Pihak Hospital Bakal Berdepan Saman



#$Epidural (wanita yang mengalami lumpuh selepas bersalin. Ambil iktibar)


Saya akan terangkan bagaimana simtom-simtom nak lumpuh sebelum saya lumpuh sepenuhnya.


Selepas saya bersalin, saya start tak boleh angkat kaki, saya mandi wiladah, husband saya yang mandikan. Saya tanya husbnd, kenapa pinggang and kaki sangat sakit mcm urat tegang, husband kata, itu sebab epidural tadi agaknya. Saya pon diam. Lepas tu saya tanya husband, nurse tadi induce saya guna dripkan ? husband kata ya. Abes yang cucuk ubat kat punggung tu ape ? Husband cakap ubat tahan sakit. Then tulang belakang lak? Itu epidural. Ok saya diam sebab masa sakit bersalin saya mengantuk dan memang tak ingat apa-apa cuma sakit je saya tau. Dalam hati saya cakap, Epidural cucuk sakit ke ? sebab saya sedar masa cucuk Epidural, memang sakitttt. Tapi doc semua peluk saya suruh tahan kejap. doc perempuan siap cium dahi saya supaya sabar. Allah...masa tu rasa macam bertuahnya saya. layanan mereka semua baik-baik sangat dan tiada seorang lelaki pun yang sentuh or tengok saya di dalam labour room kecuali husband saya and doc bius Epidural.


Esok dan sehingga pantang hari ke 3, saya terasa belakang saya sakit sangat-sangat dan tempat cucuk tu bengkak, menjadi warna biru. Selama pantang saya tuam ngan ais supaya tak sakit. Pantang hari 40, saya dah tak boleh jalan. Kaki saya tak rasa, saya menangis-nangis kat bahu husband, saya buang air besar buang air kecil pun tak rasa. Terpaksa pakai pampers. Esoknya saya pergi Hospital Columbia Nusajaya, saya jumpa pakar, terus buat MRI dan hasil result tu memang menakutkan. Saraf tunjang saya 80% rosak. Kaki saya lumpuh sepenuhnya. Doc pakar call hospital yang saya bersalin, dan dari situ barulah saya tahu saya dicucuk Epidural oleh doc pelatih. Husband saya pula bagtau, doc tersebut hanya explain, TIADA KESAN SAMPINGAN, kecuali sakit kepala. ITU SAHAJA.


Memandangkan waktu tu saya dah sakit, saya cuma istighfar agar semua selamat. Belum sejam guna Epidural saya dah rasa nak meneran. Bayangkan, nak bersalin, baby nak keluar saya rasa semua tu. masa nak jahit saya sampai gigit baju, sakit! walhal setiap 10 minit saya tekan button Epidural untuk hilang rasa kene jahit hidup-hidup.


Kemudian, Doc pakar Columbia sedia membantu saya untuk urusan saman hospital terbabit. Walaupun saya dah sign surat untuk Epidural, saya tetap boleh saman kerana tanggungjawab cucuk Epidural adalah doctor bukan saya cucuk sendiri.


Sekarang saya dah 2 bulan lebih, dah sebulan jugak duduk atas kosi roda. Alhamdulillah anak saya tidak kuat meragam. Suami pun sentiasa support dan menyayangi saya. Semua orang jumpa saya peluk dan mintak saya kuat.


Saya sekarang jalani fisioterapi di Hospital Columbia. Alhamdulillah jari kaki saya boleh dah angkat sikit-sikit. Doa kan saya cepat sembuh. Saya terharu ramaiii yang komen and Like status saya. Terima kasih semuaaa... Moga Allah bantu balas jasa anda. Ameen


Ditulis Oleh Ieza Izah via Facebook


sumber


Kisah Benar,Hiba Dan Geram Perempuan Ini Berborak Dengan Driver Bas Rapid Ke Puncak Alam Yang Mesti Anda Baca Dan Kongsi Kepada Semua...




Kisah ini berlaku pada 26 Mac 2014

Malam tadi di takdirkan tuhan.. Aku naik bas rapid ke Puncak Alam.. aku duduk depan sekali. Sebab seat kat belakang semua dah penuh. Bas terakhir. Pukul 11 malam.

Sampai atas dari giant setia alam.. Dia tanya aku, aircond kuat sangat tak? Dia prihatin... Takut penumpang sejuk. Lepas tu dia mula bercerita dengan aku.. Pasal bas, pasal penumpang, pasal waktu bekerja, dan waktu tu aku jatuh kesian. Ya aku kesiankan dia aku kesiankan semua pemandu bas.


Kesusahan mereka tu. Yang tak mungkin ramai yang sedar dan tahu. Disebalik mulut ramah tu tersembunyi seribu kepenatan mengerah kudrat.

Bas lambat, salahkan pemandu bas itu ini...Marah pemandu bas itu ini. Pegawai datang buat random check tiket takde??? Salahkan pemandu bas tak bagi tiket. Apa dia dapat? Kena potong gaji kena gantung keja. Gaji tak seberapa tolak epf tolak socso yang tinggal berapa ratus je? Anak bini kat rumah nak belanja. Sewa rumah bil api air kena bayar. Anak nak sekolah merengek nak itu ini. Yang bujang pun ikat perut inikan pula yang dah berkeluarga.

Dia tak bagi tiket atau kau yang lari masuk buat muka tak malu ikut pintu belakang tak bayar tiket? Bas lambat kau pergi hantar email aduan kat pegawai depoh tapi kau tak tahu yang sebenarnya bas rosak tengah jalan atau macam2 masalah lagi yang mungkin kau tak tahu. Kau takde duit kecik untuk bayar 1.90 tambang! Driver keluarkan duit dia untuk tolong kau tukar duit tapi si bangsat pergi tangkap gambar hantar email ke pegawai depoh? What the heck?!!! Apa masalah kau? Pasal kau diorang kena cas melanggar etika bekerja, kena potong gaji.

Bas terakhir pukul 11, kena hantar bas balik depoh apa semua sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Esok pagi kalau memang jadual pagi kau agak pukul berapa diorang kena bersiap pergi kerja?? Pengakuan jujur dari driver bas ialah pukul 3.30 pagi dah bersiap ke depoh untuk ambil bas dah bergerak ke kawasan masing-masing. Kau boleh bayang tak? Sempat ke driver bas ni nak rasa tidur nyenyak?? Dengan usia diorang yang majoritinya bukan lagi muda...Kau mampu rasa tak kepenatan yang diorang rasa tu?

Aku harap lepas ni sebelum kau bertindak nak buat aduan.. Kau fikir dulu...Ya betul kau, aku pelanggan...Kita ada hak. Tapi kita kena ingat mereka ialah manusia bukan robot. Tunjukkan timbang rasa pada sesama saudara kita.

Ditulis Oleh Ladyy Zee Via Facebook (26 Mac 2014)


POLITIK : Pakatan terancang jatuhkan Najib


Tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak oleh media asing merupakan pakatan terancang untuk menyemarakkan kebencian rakyat kepada Perdana Menteri dan kepemimpinan negara.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, tuduhan itu juga mempunyai agenda untuk mencampuri sensitiviti rakyat negara ini apabila mengaitkan Ambank yang diketahui umum saham terbesarnya dimiliki Bumiputera.
Katanya, tindakan tegas yang dirancang diambil oleh Perdana Menteri terhadap penyebar fitnah itu amat wajar sebagai pengajaran.
“Saya menyokong tindakan Perdana Menteri untuk menyaman pihak yang terbabit bagi membuktikan beliau serius dalam menangani fitnah ini dan seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kreadibiliti beliau di samping membersihkan imej dan nama baik selaku Ketua Negara yang tercalar.
“Saya juga mencadangkan pihak Ambank yang dikaitkan dengan pertuduhan ini juga membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat jika benar untuk membuktikan mereka tiada kaitan dalam isu ini,” katanya.
Pada masa sama, Jamawi menasihatkan golongan muda supaya tidak mengambil tindakan melulu dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah itu.
“Ini tuduhan berat tanpa bukti yang kukuh kerana akibatnya nanti negara kita akan porak peranda disebabkan propaganda anasir luar yang mahu memecahbelahkan perpaduan antara kita.
“Sekarang masanya untuk kita bersatu bagi mengekang sentimen kebencian yang cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam masyarakat kita dengan harapan ia akan menjadi nanah dan barah dan seterusnya menamatkan riwayat kepimpinan negara,” katanya.


SEDIH SANGAT : "MAAFKAN MAMA SAYANG , KALAU MAMA TAK AMBIL UBAT TAHAN SAKIT PASTI KAMU TAK AKAN JADI BEGINI "


#$Diceritakan semula dari fatma najihah untuk menjadikan pengalamannya sebagai pengajaran buat ibu-ibu lain yang bakal melahirkan anak . Diharap dapt diambil ikhtibar .

Jika beberapa hari lepas viral dilaman sosial mengenai kisah seorang wanita lumpuh selepas bersalin kerana mengambil suntikan Epidural, hari ini tampil seorang ibu, Puan Fatma Najihah menceritakan kisahnya pula apabila urat saraf bayinya tidak berfungsi didakwa berpunca daripada pengambilan ubat tahan sakit. Baca lagi.

#‪#‎pengalaman bersalin saya. Plezz kawan2 amik iktibar dan jadikan pengajaran share la kpd kwn2 yg lain, yg tgh sarat mngandung##

Allahukakbar... Bersabarlah syg .. Allah mnguji hambanye..tadi terbaca post pasal ibu melahirkan baby mengambil epidural lumpuh sampai sekarang kesan dari epidural. Saya dulu bersalin di hospital private.. Memang doktor sentiasa datang keluar masuk suh amik epidural or ubat tahan sakit.. Tapi parents saya tetap tak bagi.. Dah tak tahan sakit sangat sy request kat husband nak ubat tahan sakit.. N then 10 minit lepas tu doktor datang dan cucuk kat punggung saya ubat tahan sakit..
30 minit lepas tu saya mngantuk sangat.. Contraction dah tak ade.. Saya tido dengan lena.. Tapi dalam masa yang sama jalan masih bukak besar.. Sy 3 jam saya tidur tampa rasa pape.. Pukul 8 mlm terjaga parents saya suh bangun mandi dan solat.. Selepas solat suh makan tapi semua dah tak lalu nak telan..pukul 10 mlm ckp kat nurse saya dah rase nak terberanak ni.. Nurse datang cek jalan.. Dier ckp owh bru 7 cm.. N then kul 11.30 dah tak tahan sangat saya ditolak masuk labour room ditemani ibu dan suami saya dalam labour room tu..

tunggu doktor tak smpai2..nurse tahan tak bg teran suh mengiring kan badan nak dekat sejam tngu doktor sampai.. Sampai je doktor ape lg.. Tak sempat nak pakai pape kepala baby dah nampak.. Push 2x alhamdulillah tepat jam 12.45 am saya bersalin.. Tp saya tak dengar bunyi tangisan baby, doktor terus potong tali pusat n bawak kebelakang.. Saya, husband dan ibu tak henti berdoa suh baby nanges.. Nak dekat 15 minit saya tungu tapi sayang sy tak dengar tangisan anak saya.. Baby terus masuk kedalam bilik dan pasangkan wayar oksigen..
Doktor datang balik dan sambung jahit luka saya.. Saya tanye doktor knp anak saya tak nanges dier jawab kesan dari cucuk tahan sakit memang tak nanges tadi sebelum cucuk kan dah bagi tahu.. Ok saya pun terus diam.. Keesokan paginye saya nak tengok baby saya tapi air mata je yang mampu keluar ditubir mata bila melihat anak penuh dengan wayar2 untuk bantuan penafasan.. Sangat pelik.. Husband tanye doktor yang duk dalam bilik baby tu.. Kenapa anak saya penuh wayar cm ni.. Doktor bagi tahu anak encik dah lemas sebab kesan amik cucuk tahan sakit ke. Ungkinan terlebih dos sebab baby tido dalam perut, contraction tak berlaku langsung..
Suami saya yang sangat alert tu teringat balik owh patut tengok grap ctg jantung baby mendatar.. Tp bila tanye doktor doktor yang incas saya doktor cakap normal.. Time tu memang saya tak ingt pape.. Sebab mata saya ngantok sangat2..tpt kul 1 pagi tiba2 nurse datang bilik saya kejut ummi n hubby saya bagi tahu baby perlu dibawa ke hospital pusrawi masuk icu sebab baby fitti g.. Suami terus belari masuk bilik baby tengok doktor dh ciap2 kn baby syg untuk bawak naik ambulance.suami follow belakang.. 16 ari duk di icu, wayar penuh badan baby saya demam.. Saya tanye doktor pakar yg jaga anak saya, kenapa anak saya jd cm ni.. Jawapan yang sama diberi tahu oleh doktor tadi.. Mungkin kuman dah masuk dlm kepala.. Oksigen kurang dibahagian otak sebab anak puan keluar dah lemah dan tak menangis..
Ya Allah sedihnye saya seorang ibu bila dapat berita tersebut.. Kos perbelanjaan hospital rm1500 sehari dalam icu lngsung tak difikirkan lg, saya hanye fikir anak saya chat cepat sembuh.. Cukup 16 ari anak saya dpt discharge.. Lega sangat doktor cuma bagi tahu kalau baby demam or fitting cepat2 dtg hospital.. Tp baby saya kuat sgt walaupun cucuk 1,2,3 bulan anak saya tak demam langsung.. Cukup 4 bulan baby saya membesar dengan sempurna tp sayang kami hanye miliki 4 bulan sahaja kerana secara tiba2 b muntah2 dgn teruk sekali masuk susu muntah mcm air pancut.. Saya bergegas ke kpj jb jumpa pakar kat cna.. Doktor kanak2 bg tahu mungkin baby saya tak cukup oksigen dalam kepala kite perlu buat EEG untuk otaknye.. Tp bila dpt result doktor ckp otak dier tak cntik.. Ya Allah sekali lg saya perlu hadapi ini semua. Disebabkan muntah yg teruk anak saya menagis tanpa suara.. Sampai la masa saya jumpa doktor pakar gov di kpj khas untuk neuro.. Doktor nasihatkn saya bawak baby g gov hospital..
So tampa lengah saya bawak balik baby ke hospital temerloh dkt dgn umah parents saya.. Tak payah tngu que nk jumpa pakar sebab anak murid ayah ade keje citu n tolong.. Buat appointment untuk buat MRI, sekali lagi air mata saya mngalir bila doktor cakap urat saraf mata yang bagi arahan pada otak tidak berfungsi, saiz otak kecil tak sama mcm usianya dah cecah 6 bulan.. Otaknye tak cukup oksigen sebab tu masa lahir tak nanges, mungkin kesan dari cucuk tahan sakit..
Ya allah bersalahnye saya terhadap anak yang kene tanggung semua ni.. saya yang memotong perjalanan allah, now allah uji saya.. Anak saya di sahkan cirebral palsy tahap kurang oksigen dalam kepala.. Now anak saya dh 10 bulan tapi masih macam baby kepala tak boleh tegak, selalu mengeraskan otot, mata tak boleh follow, tak mcm usia baby 10 bln yg lain. Anak saya hanya mampu nanges dan terbaring sahaja.. Maafkan mama syg, kalau mama tak ingkari perjalanan allah dan amik cucuk tahan sakit mungkin syg tak akan jadi cam ni dan syg boleh hidup seperti anak2 normal yg lain..
Doakan anak saya kembali seperti sediakala.. Saya dan family sntiasa menanti keajaiban dari Allah untuk bidadari syurga kami.. Amin.. Plez ibu2 lps ni jangan amik cucuk epidural or tahan sakit.. ikut perjalanan allah yang telah diaturnye.. semua orang yg nak bersalin sakit.. Sakit bersalin menghapus segala dosa..


NGERI!! (7 Gambar) Wanita putus kepala, kemalangan motosikal di Seremban-PD


Seorang wanita putus kepala, manakala suaminya putus tangan selepas motosikal mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14.2, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, awal pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu menyebabkan Nor Azina Mohd Ratki, 39, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya Shamasrol Abu Bakar, 36, pula cedera parah. Sumber berkata, kemalangan dipercayai berpunca apabila Shamasrol yang menunggang motosikal jenis Naza Blake GT600 terbabas, lalu melanggar pembahagi jalan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan leher Nor Azina terseret di besi penghadang jalan sebelum terputus dan tercampak sejauh 10.5 meter dari badan. "Lelaki itu pula tercampak dan terkena besi penghadang jalan menyebabkan tangan kirinya putus sehingga ke paras siku," katanya sambil menambah kejadian itu turut disaksikan rakan mangsa, yang mengekori motosikal pasangan berkenaan.

Abang Nor Azina yang enggan dikenali berkata, adiknya bersama suami dalam perjalanan pulang ke Petaling Jaya, Selangor, selepas berbuka puasa bersama rakan dengan berkonvoi ke daerah itu. "Sebaik tiba di tempat kejadian, adik saya dipercayai tertidur di belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan. "Jenazah adik akan dikebumikan di Kota Damansara, manakala suaminya yang cedera parah,

kini mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ," katanya. Beliau berkata, pasangan itu mempunyai tiga anak berusia lingkungan sembilan tahun hingga 16 tahun dan masih bersekolah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KEADAAN motosikal yang terbabas di Kilometer 14.2 Lebuh Raya Seremban - Port Dickson. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Sumber: Berita Harian