Saturday, 11 July 2015

Saksi Pergaduhan Di Low Yatt Tampil Cerita Punca Pergaduhan...



Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai menerkam masuk selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan tersebut.

Akan tetapi beberapa sumber mendapati punca sebenar pergaduhan ini adalah disebabkan kes buli semasa mangsa cuba untuk membuat pertukaran barangan yang di beli. malangnya peniaga di situ
tak bersetuju malah di tuduh pula mencuri. Disebab kan rasa marah mangsa cuba membalas dendam dengan bawa rakan untuk tegakkan kebenaran.

Mana ada pencuri pergi serang kedai yang dia curi??? huhu.. melainkan tukang kedai ni kenakan orang yang amuk tu.. hurm.. xlogic langsung la.. kalo org tak cari pasal dengan dia, tak ada dia nak mengamuk tak tentu pasal.. mesti ada cite di sebalik cite.. cuba siasat betul2..

Lihat Screen dibawah.









Monday, 6 July 2015

Pemain Piala Presiden Sabah Meninggal Selepas Tujuh Jam Bertarung Nyawa


%^Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta jenis Honda Civil yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah dibahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.-hmetro


SERAM : Student Uitm Sabah Anda Mesti Tahu Cerita Ini Dan Siapakah Melati Itu….???


$%Sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang pasti ramai yang tidak berani untuk keluar tengah – tengah malam khususnya bagi penuntut asrama. Kali ini Mr.J rasa terpanggil seperti dipukau seketika setelah membaca memberapa kisah benar daripada bekas – bekas penuntut UiTM Sabah.

Rata – ratanya satu yang membuatkan Mr.J tertarik iaitu nama “Melati” kerana hampir lebih daripada 10 buah blog lebih kurang 7 kali mengaitkan nama “Melati’ malah perbualan melalui facebook dengan 5 rakan serta bekas Penuntut UitM Sabah juga menyebut nama “Melati”.

“Betul ni, dulu anak aku pun study dekat uitm di kk,dia ckp memang slalu ada ganguan di kawasan hostal dan juga tempat lecture hall,mcm saja yg dia lihat dan dengar sewaktu 3 tahun di sana ,tapi dorang make dont no saja sbb suda biasa” Kamala Mala

Siapakah Melati itu?
Sebut sahaja nama “Melati” kepada bekas Penuntut Uitm Sabah nescaya pastikan mereka kenal, dan kalau nak tahu Melati sehingga sekarang tidak graduate lagi kerana kesetiaannya kepada UITM SABAH.

Menurut rakan – rakan MySeram,dahulu melati ini merupakan pelajar dan tinggal di salah satu blok asrama (dirahsiakan, biar budak uitm sekarang yang nakal tu berkenalan dengan Melati).

AH!, baiklah atas dasar simpati kepada bakal – bakal penuntut UITM SABAH maka dengan hati yang lurus ini MySeram terus – terang sahaja tapi jangan menyesal.

Melati tiada berjasad dan hanya roh masih lagi menghuni di Uitm Sabah, Kisahnya yang agak memilukan serta menimbulkan pelbagai persoalan bagi anda yang sedang membaca disini.

“Melati” pernah tinggal di Asrama kawasan blok B dan C dan adakah anda seorang penuntut uitm sabah dan kebetulan tinggal di blok b atau c mahupun berada di sekitar kawasan tersebut? Jika ya, semoga anda berjumpa mengambil kesempatan berkenalan dengan Melati.

Dahulu Blok B dan C adalah asrama wanita tetapi sekarang dah ditukar kepada pelajar lelaki atas sebab perempuan ini hati jiwa yang lemah, tengok lipas pun dah teriak macam kena histeria inikan pula roh “Melati”.

Rakan uitm MySeram kata bahawa Melati ini membunuh dirinya sendiri dengan memotong urat nadi di pergelangan tangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tiada sesiapa mengetahuinya…

Bayangkan ketika ini Melati di dalam almari yang menutup mulutnya seeratnya sambil airmata berlinangan diantara kesedihan dan kesakitan yang teramat sangat, darah deras tidak berhenti…akhirnya setelah beberapa ketika bergelut diantara hidup dan sebuah kematian maka roh melati berpisah dengan jasadnya..ahhh!!..terasa sayu apabila MySeram cuba membayangkan situasi tersebut..

Sambil meneruskan lagi perbualan mengenai Melati ini, sedar tak sedar separuh rokok habis dihisap MySeram dengan rakan MySeram (nama tidak mahu disiarkan risau diambil tindakkan oleh pihak uitm, masih menuntut tunggu lepas habis menuntut baru boleh siar nama)

PERHATIAN kepada Pelajar Junior atau bakal Menjejak kaki anda ke UITM SABAH, jangan kerana kamu lahir di zaman facebook dan iphone kamu berhak ketawa bersahaja apabila membaca artikel MySeram ini. Kerana apa yang bakal berlaku kepada anda “sebentar” lagi adalah diluar tanggungjawap Mr.J.

Ada satu kisah dimana budak Junior yang lagak eksen datang dan mendapat tahu dari cerita pelajar lain mengenai Melati tetapi boleh pula dia ketawa serta takbur sekali, sambil berkata “kalau aku jumpa melati aku minta no ekor lah! boleh kena jackpot nanti kita pigi aramaiti! hahahha” .

Keesokkan paginya awal – awal lagi pelajar tersebut dan rakannya dan tercegat di hadapan pintu bilik budak senior dan menceritakan apa yang berlaku ada yang mendakwa ditampar tangan ghaib ada pula seolah ada orang melompat atau baring disebelah katil mereka.

Isk, semakin seram perbualan MySeram dengan rakan mengenai Melati, dan satu lagi ujar rakan MySeram bahawa mengenai Cermin…Melati selalu memunculkan dirinya di Cermin waktu malam…kalau boleh elakkan melihat muka anda di cermin pada waktu malam kerana risau…..wajah Melati menyapa anda…

Kredit Mr.J


sumber


KM Melaka - Pemfitnah Najib iri hati kestabilan politik negara


$%Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyifatkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatur secara terperinci oleh golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan negara.

Beliau berkata tindakan golongan berkenaan juga jelas menunjukkan sikap busuk hati mereka terhadap imej dan kepimpinan Najib serta kemakmuran negara.

“Setiap Perdana Menteri sebelum ini pernah dilanda pelbagai fitnah tetapi beliau (Najib) dilanda fitnah bertubi-tubi dan perbuatan segelintir pihak ini cukup jijik kerana sentiasa iri hati dengan kestabilan politik, sosial dan kemakmuran ekonomi negara.

“Pihak ini adalah golongan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sifat seorang manusia sejati kerana melontar tuduhan tanpa berasas yang lebih dilihat sebagai busuk hati,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Najib termasuk laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira US$700 juta (Rm2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

“Saya percaya Perdana Menteri seorang tabah dan bijak berdepan situasi berkenaan berdasarkan pengalaman politik yang dilaluinya selama ini dan saya juga berharap biarlah fitnah ini berhenti,” katanya lapor Bernama.


#TRENDING : KISAH SUAMI KERJA KONTRAK 3 BULAN TANPA GAJI , ISTERI AJAK KE KEDAI PERABOT INI HANYALAH KERANA ...



#$Kisah ini diceritakan semula oleh Muhamada Rusyidi ,. Semoga ia memberikan kita pengajaran dan pengalaman dalam meniti arus rumahtangga zaman kini ..

Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis...

Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.


Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"

Dia jawab,

"Nak sangat. Tapi..."

Aku mencelah.

"Tapi?"

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

Aku terdiam. Senyum paksa.

"Abang tahu impian awak.."

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata sayauntuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya."

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.
Masuk balik kereta. Senyum.

"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"

Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!"

Oleh: Muhammad Rusydi


#Viral : PECAHKAN AIR KETUBAN , CUCUK UBAT TAHAN SAKIT , ANAK SAWAN SETIAP 3 SAAT .. SALAH HOSPITAL LAGI !


^&Kali ini giliran Puan Noridah Binti Malak pula mengisahkan kesedihannya apabila anaknya disahkan tidak normal seperti kanak-kanak lain . Menurutnya , alsabab punca berlakunya perkara tersebut apabila kelewatan bersalin selepas dipecahkan air ketuban juga penangan ubat tahan sakit .

Wahai wanita , kalau nak bersalain lepas ni jangan cucuk ubat tahan sakit . Bertarung nyawalah melahirkankhalifah allah dimuka bumi . :)



Jom ikuti kisahnya :



sudah 3 hari , 3 cerita kisah ibu bersalin #viral dilama sosial . Share untuk pengetahuan dan jika anda rasa bahan bacaan ini harus diberitahu kepada yang lain - azyumiko.blogspot


BIAR BETUL!! Kenapa Lelaki Ini Masih Tersenyum Sebelum Dihukum Gantung?


%^Teguhnya iman dia, biarpun di ambang maut,dia tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah, sebagaimana Bilal, akidahnya tidak berganjak. Dia dapat melihat syurga di hadapannya. AllahuAkbar. AlFatihah.

Mengejutkan!! Kenapa Lelaki Ini Masih Tersenyum Sebelum Dihukum Gantung?

Pemuda ini bernama Husain Khudri. Beliau berasal dari suku Kurdi,Iran..Pemuda hebat ini di hukum gantung oleh kerajaan Iran kerana beliau merupakan Aktivis pro-sunni dan aktif menyebarkan dakwah ahli sunnah wal jama'ah.. Lebih mengagumkan Husain Khudri menyambut kematiannya dengan senyuman. - Sumber