Monday, 6 July 2015
Filled Under:
SERAM : Student Uitm Sabah Anda Mesti Tahu Cerita Ini Dan Siapakah Melati Itu….???
Posted By:
aleutoooo
on 06:55
$%Sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang pasti ramai yang tidak berani untuk keluar tengah – tengah malam khususnya bagi penuntut asrama. Kali ini Mr.J rasa terpanggil seperti dipukau seketika setelah membaca memberapa kisah benar daripada bekas – bekas penuntut UiTM Sabah.
Rata – ratanya satu yang membuatkan Mr.J tertarik iaitu nama “Melati” kerana hampir lebih daripada 10 buah blog lebih kurang 7 kali mengaitkan nama “Melati’ malah perbualan melalui facebook dengan 5 rakan serta bekas Penuntut UitM Sabah juga menyebut nama “Melati”.
“Betul ni, dulu anak aku pun study dekat uitm di kk,dia ckp memang slalu ada ganguan di kawasan hostal dan juga tempat lecture hall,mcm saja yg dia lihat dan dengar sewaktu 3 tahun di sana ,tapi dorang make dont no saja sbb suda biasa” Kamala Mala
Siapakah Melati itu?
Sebut sahaja nama “Melati” kepada bekas Penuntut Uitm Sabah nescaya pastikan mereka kenal, dan kalau nak tahu Melati sehingga sekarang tidak graduate lagi kerana kesetiaannya kepada UITM SABAH.
Menurut rakan – rakan MySeram,dahulu melati ini merupakan pelajar dan tinggal di salah satu blok asrama (dirahsiakan, biar budak uitm sekarang yang nakal tu berkenalan dengan Melati).
AH!, baiklah atas dasar simpati kepada bakal – bakal penuntut UITM SABAH maka dengan hati yang lurus ini MySeram terus – terang sahaja tapi jangan menyesal.
Melati tiada berjasad dan hanya roh masih lagi menghuni di Uitm Sabah, Kisahnya yang agak memilukan serta menimbulkan pelbagai persoalan bagi anda yang sedang membaca disini.
“Melati” pernah tinggal di Asrama kawasan blok B dan C dan adakah anda seorang penuntut uitm sabah dan kebetulan tinggal di blok b atau c mahupun berada di sekitar kawasan tersebut? Jika ya, semoga anda berjumpa mengambil kesempatan berkenalan dengan Melati.
Dahulu Blok B dan C adalah asrama wanita tetapi sekarang dah ditukar kepada pelajar lelaki atas sebab perempuan ini hati jiwa yang lemah, tengok lipas pun dah teriak macam kena histeria inikan pula roh “Melati”.
Rakan uitm MySeram kata bahawa Melati ini membunuh dirinya sendiri dengan memotong urat nadi di pergelangan tangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tiada sesiapa mengetahuinya…
Bayangkan ketika ini Melati di dalam almari yang menutup mulutnya seeratnya sambil airmata berlinangan diantara kesedihan dan kesakitan yang teramat sangat, darah deras tidak berhenti…akhirnya setelah beberapa ketika bergelut diantara hidup dan sebuah kematian maka roh melati berpisah dengan jasadnya..ahhh!!..terasa sayu apabila MySeram cuba membayangkan situasi tersebut..
Sambil meneruskan lagi perbualan mengenai Melati ini, sedar tak sedar separuh rokok habis dihisap MySeram dengan rakan MySeram (nama tidak mahu disiarkan risau diambil tindakkan oleh pihak uitm, masih menuntut tunggu lepas habis menuntut baru boleh siar nama)
PERHATIAN kepada Pelajar Junior atau bakal Menjejak kaki anda ke UITM SABAH, jangan kerana kamu lahir di zaman facebook dan iphone kamu berhak ketawa bersahaja apabila membaca artikel MySeram ini. Kerana apa yang bakal berlaku kepada anda “sebentar” lagi adalah diluar tanggungjawap Mr.J.
Ada satu kisah dimana budak Junior yang lagak eksen datang dan mendapat tahu dari cerita pelajar lain mengenai Melati tetapi boleh pula dia ketawa serta takbur sekali, sambil berkata “kalau aku jumpa melati aku minta no ekor lah! boleh kena jackpot nanti kita pigi aramaiti! hahahha” .
Keesokkan paginya awal – awal lagi pelajar tersebut dan rakannya dan tercegat di hadapan pintu bilik budak senior dan menceritakan apa yang berlaku ada yang mendakwa ditampar tangan ghaib ada pula seolah ada orang melompat atau baring disebelah katil mereka.
Isk, semakin seram perbualan MySeram dengan rakan mengenai Melati, dan satu lagi ujar rakan MySeram bahawa mengenai Cermin…Melati selalu memunculkan dirinya di Cermin waktu malam…kalau boleh elakkan melihat muka anda di cermin pada waktu malam kerana risau…..wajah Melati menyapa anda…
Kredit Mr.J
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHow to Use the MapYro Casino & Resort to Earn a BONUS - Mapy
ReplyDeleteThe first and only way to get 김해 출장샵 to a casino in Oklahoma is to 여주 출장샵 drive to the 제천 출장안마 casino from the nearest airport. You 상주 출장안마 can enter this 파주 출장샵 hotel and other facilities to get