Mula-mula Diva AA telah mencarutkan peminat yang memberi cadangan kepadanya. Selepas ‘kantoi’ tak tahu Restoran Me’nate,Diva AA kemudian menyatakan restoran tersebut tidak se’class’ Chili’s,Nando’s (padahal Me’Nate lagi mahal). Tidak lama kemudian, Mufti Perak membuat teguran kepada Azwan Ali sebelum pakcik Rani Kulup Kipidap memberi amaran akan membuat laporan polis. Takut digertak, Azwan Ali telah tampil membuat permohonan maaf kepada pakcik Rani, bukannya kepada peminat yang dicarut.
Sebenarnya ketika kontroversi ini sedang panas membara, Azhar Sulaiman turut tampil memberikan pendapatnya. Bagi Azhar Sulaiman, Diva AA terlalu ganas dengan orang awam. Tulis Azhar Sulaiman.
Abang Nara rasa teguran Azhar Sulaiman sangat baik, jujur dan lemah-lembut. Namun apabila diminta mengulas teguran tersebut, Diva AA mempersoalkan status Azhar Sulaiman yang bukanlah superstar seperti Aaron Aziz, Paknil atau Siti Nurhaliza. Kata Diva AA:-
Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?
Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.
Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?
Hmmm. Orang bagi nasihat cara baik pun tak boleh nak terima Diva AA ini. Tak kiralah status seseorang itu superstar ke, rakyat marhaen ke, yang penting kalau nasihat yang disampaikan betul dan berguna, kita ambik jelah untuk diajdikan pengajaran. Ditanya tentang dirinya yang dikatakan pengecut kerana terus meminta maaf selepas di’gertak’ oleh pakcik Rani Kulup, Azwan Ali berkata:-
Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadap.
Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak?
Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?
0 comments:
Post a Comment