Saturday, 11 July 2015

Saksi Pergaduhan Di Low Yatt Tampil Cerita Punca Pergaduhan...



Manakala beberapa buah video menunjukkan orang ramai menerkam masuk selain itu beberapa babak pergaduhan sehingga ada premis-premis lain yang menjadi mangsa pergaduhan tersebut.

Akan tetapi beberapa sumber mendapati punca sebenar pergaduhan ini adalah disebabkan kes buli semasa mangsa cuba untuk membuat pertukaran barangan yang di beli. malangnya peniaga di situ
tak bersetuju malah di tuduh pula mencuri. Disebab kan rasa marah mangsa cuba membalas dendam dengan bawa rakan untuk tegakkan kebenaran.

Mana ada pencuri pergi serang kedai yang dia curi??? huhu.. melainkan tukang kedai ni kenakan orang yang amuk tu.. hurm.. xlogic langsung la.. kalo org tak cari pasal dengan dia, tak ada dia nak mengamuk tak tentu pasal.. mesti ada cite di sebalik cite.. cuba siasat betul2..

Lihat Screen dibawah.









Monday, 6 July 2015

Pemain Piala Presiden Sabah Meninggal Selepas Tujuh Jam Bertarung Nyawa


%^Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta jenis Honda Civil yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh sebatang pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah dibahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.-hmetro


SERAM : Student Uitm Sabah Anda Mesti Tahu Cerita Ini Dan Siapakah Melati Itu….???


$%Sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang pasti ramai yang tidak berani untuk keluar tengah – tengah malam khususnya bagi penuntut asrama. Kali ini Mr.J rasa terpanggil seperti dipukau seketika setelah membaca memberapa kisah benar daripada bekas – bekas penuntut UiTM Sabah.

Rata – ratanya satu yang membuatkan Mr.J tertarik iaitu nama “Melati” kerana hampir lebih daripada 10 buah blog lebih kurang 7 kali mengaitkan nama “Melati’ malah perbualan melalui facebook dengan 5 rakan serta bekas Penuntut UitM Sabah juga menyebut nama “Melati”.

“Betul ni, dulu anak aku pun study dekat uitm di kk,dia ckp memang slalu ada ganguan di kawasan hostal dan juga tempat lecture hall,mcm saja yg dia lihat dan dengar sewaktu 3 tahun di sana ,tapi dorang make dont no saja sbb suda biasa” Kamala Mala

Siapakah Melati itu?
Sebut sahaja nama “Melati” kepada bekas Penuntut Uitm Sabah nescaya pastikan mereka kenal, dan kalau nak tahu Melati sehingga sekarang tidak graduate lagi kerana kesetiaannya kepada UITM SABAH.

Menurut rakan – rakan MySeram,dahulu melati ini merupakan pelajar dan tinggal di salah satu blok asrama (dirahsiakan, biar budak uitm sekarang yang nakal tu berkenalan dengan Melati).

AH!, baiklah atas dasar simpati kepada bakal – bakal penuntut UITM SABAH maka dengan hati yang lurus ini MySeram terus – terang sahaja tapi jangan menyesal.

Melati tiada berjasad dan hanya roh masih lagi menghuni di Uitm Sabah, Kisahnya yang agak memilukan serta menimbulkan pelbagai persoalan bagi anda yang sedang membaca disini.

“Melati” pernah tinggal di Asrama kawasan blok B dan C dan adakah anda seorang penuntut uitm sabah dan kebetulan tinggal di blok b atau c mahupun berada di sekitar kawasan tersebut? Jika ya, semoga anda berjumpa mengambil kesempatan berkenalan dengan Melati.

Dahulu Blok B dan C adalah asrama wanita tetapi sekarang dah ditukar kepada pelajar lelaki atas sebab perempuan ini hati jiwa yang lemah, tengok lipas pun dah teriak macam kena histeria inikan pula roh “Melati”.

Rakan uitm MySeram kata bahawa Melati ini membunuh dirinya sendiri dengan memotong urat nadi di pergelangan tangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tiada sesiapa mengetahuinya…

Bayangkan ketika ini Melati di dalam almari yang menutup mulutnya seeratnya sambil airmata berlinangan diantara kesedihan dan kesakitan yang teramat sangat, darah deras tidak berhenti…akhirnya setelah beberapa ketika bergelut diantara hidup dan sebuah kematian maka roh melati berpisah dengan jasadnya..ahhh!!..terasa sayu apabila MySeram cuba membayangkan situasi tersebut..

Sambil meneruskan lagi perbualan mengenai Melati ini, sedar tak sedar separuh rokok habis dihisap MySeram dengan rakan MySeram (nama tidak mahu disiarkan risau diambil tindakkan oleh pihak uitm, masih menuntut tunggu lepas habis menuntut baru boleh siar nama)

PERHATIAN kepada Pelajar Junior atau bakal Menjejak kaki anda ke UITM SABAH, jangan kerana kamu lahir di zaman facebook dan iphone kamu berhak ketawa bersahaja apabila membaca artikel MySeram ini. Kerana apa yang bakal berlaku kepada anda “sebentar” lagi adalah diluar tanggungjawap Mr.J.

Ada satu kisah dimana budak Junior yang lagak eksen datang dan mendapat tahu dari cerita pelajar lain mengenai Melati tetapi boleh pula dia ketawa serta takbur sekali, sambil berkata “kalau aku jumpa melati aku minta no ekor lah! boleh kena jackpot nanti kita pigi aramaiti! hahahha” .

Keesokkan paginya awal – awal lagi pelajar tersebut dan rakannya dan tercegat di hadapan pintu bilik budak senior dan menceritakan apa yang berlaku ada yang mendakwa ditampar tangan ghaib ada pula seolah ada orang melompat atau baring disebelah katil mereka.

Isk, semakin seram perbualan MySeram dengan rakan mengenai Melati, dan satu lagi ujar rakan MySeram bahawa mengenai Cermin…Melati selalu memunculkan dirinya di Cermin waktu malam…kalau boleh elakkan melihat muka anda di cermin pada waktu malam kerana risau…..wajah Melati menyapa anda…

Kredit Mr.J


sumber


KM Melaka - Pemfitnah Najib iri hati kestabilan politik negara


$%Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyifatkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diatur secara terperinci oleh golongan tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan negara.

Beliau berkata tindakan golongan berkenaan juga jelas menunjukkan sikap busuk hati mereka terhadap imej dan kepimpinan Najib serta kemakmuran negara.

“Setiap Perdana Menteri sebelum ini pernah dilanda pelbagai fitnah tetapi beliau (Najib) dilanda fitnah bertubi-tubi dan perbuatan segelintir pihak ini cukup jijik kerana sentiasa iri hati dengan kestabilan politik, sosial dan kemakmuran ekonomi negara.

“Pihak ini adalah golongan tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai sifat seorang manusia sejati kerana melontar tuduhan tanpa berasas yang lebih dilihat sebagai busuk hati,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelbagai dakwaan dilemparkan terhadap Najib termasuk laporan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa kira-kira US$700 juta (Rm2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

“Saya percaya Perdana Menteri seorang tabah dan bijak berdepan situasi berkenaan berdasarkan pengalaman politik yang dilaluinya selama ini dan saya juga berharap biarlah fitnah ini berhenti,” katanya lapor Bernama.


#TRENDING : KISAH SUAMI KERJA KONTRAK 3 BULAN TANPA GAJI , ISTERI AJAK KE KEDAI PERABOT INI HANYALAH KERANA ...



#$Kisah ini diceritakan semula oleh Muhamada Rusyidi ,. Semoga ia memberikan kita pengajaran dan pengalaman dalam meniti arus rumahtangga zaman kini ..

Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis...

Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.


Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.

Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.

Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.

Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"

Dia jawab,

"Nak sangat. Tapi..."

Aku mencelah.

"Tapi?"

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

Aku terdiam. Senyum paksa.

"Abang tahu impian awak.."

Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata sayauntuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.

Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.

Abang, anak-anak. Syurga saya."

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.
Masuk balik kereta. Senyum.

"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"

Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!"

Oleh: Muhammad Rusydi


#Viral : PECAHKAN AIR KETUBAN , CUCUK UBAT TAHAN SAKIT , ANAK SAWAN SETIAP 3 SAAT .. SALAH HOSPITAL LAGI !


^&Kali ini giliran Puan Noridah Binti Malak pula mengisahkan kesedihannya apabila anaknya disahkan tidak normal seperti kanak-kanak lain . Menurutnya , alsabab punca berlakunya perkara tersebut apabila kelewatan bersalin selepas dipecahkan air ketuban juga penangan ubat tahan sakit .

Wahai wanita , kalau nak bersalain lepas ni jangan cucuk ubat tahan sakit . Bertarung nyawalah melahirkankhalifah allah dimuka bumi . :)



Jom ikuti kisahnya :



sudah 3 hari , 3 cerita kisah ibu bersalin #viral dilama sosial . Share untuk pengetahuan dan jika anda rasa bahan bacaan ini harus diberitahu kepada yang lain - azyumiko.blogspot


BIAR BETUL!! Kenapa Lelaki Ini Masih Tersenyum Sebelum Dihukum Gantung?


%^Teguhnya iman dia, biarpun di ambang maut,dia tetap teguh dengan kepercayaan terhadap Allah, sebagaimana Bilal, akidahnya tidak berganjak. Dia dapat melihat syurga di hadapannya. AllahuAkbar. AlFatihah.

Mengejutkan!! Kenapa Lelaki Ini Masih Tersenyum Sebelum Dihukum Gantung?

Pemuda ini bernama Husain Khudri. Beliau berasal dari suku Kurdi,Iran..Pemuda hebat ini di hukum gantung oleh kerajaan Iran kerana beliau merupakan Aktivis pro-sunni dan aktif menyebarkan dakwah ahli sunnah wal jama'ah.. Lebih mengagumkan Husain Khudri menyambut kematiannya dengan senyuman. - Sumber


Eksklusif : Pendedahan ‘Cik Jah’ Mengenai Kehidupan Terakhir Mona Fandey Dalam Sel Penjara


^%Anda kenal dengan nama Maznah Ismail atau lebih mengenalinya dengan nama Mona Fandey? Kisah Mona menjadi tumpuan di akhbar sejak tahun 1993. Bahkan, ia semakin rancak diperkatakan ramai apabila satu persatu kegiatan jahat pasangan bomoh, Mona dan Affandi sewaktu hidup ketika dahulu didedahkan.
Namun, pernahkah anda terfikir sejauh mana kesahihan cerita yang disebarkan itu? Adakah anda berani meletakkan jaminan seratus peratus bahawa memang ternyata Mona mati di tali gantung dengan keadaan mengerikan? atau anda lebih percaya pada versi cerita yang kononnya Mona tidak mati biarpun dia telah digantung?
Sejauh mana keyakinan orang ramai percaya 1,001 versi cerita mengenai bekas banduan terakhir di Penjara Wanita Kajang itu? Membongkar kembali kisah benar Mona di penghujung hidupnya, wartawan Malaysian Digest berjaya menjejaki pegawai penjara yang berpengalaman bertugas di sel akhir Mona sewaktu dia dipenjarakan dahulu.
Satu temubual eksklusif bersama Pegawai Penjara Wanita Kajang, Sarjan Azizah, diatur untuk mendedahkan kepada semua masyarakat Malaysia perihal kehidupan bekas banduan akhir yang selama ini menjadi rahsia hidup wanita berusia 53 tahun itu.
Azizah sedia berkongsi kepada umum sisi-sisi rahsia Mona yang mana dia merasakan satu kenangan manis buat dirinya sepanjang 30 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.
Masa itu saya sedang bercuti tetapi saya dah tahu yang Mona bakal ditempatkan di sel akhir bawah jagaan saya. Kes dia memang cukup gempar pada waktu itu.
Saya sangat takut apabila dapat tahu saya akan berjumpa dengan Mona sampaikan saya minta air penawar dekat ustaz,
Sel akhir Mona berada paling depan sekali dan tentulah dia orang pertama yang akan saya lalui dulu. Waktu saya melangkah masuk pada hari pertama selepas bercuti, saya dengar ada orang bagi salam.
Saya tahu itu Mona. Saya buat tak tahu. Hari kedua dan ketiga pun, saya dengar Mona beri salam lagi tapi tetap saya buat tak tahu,
Pada hari keempat apabila dia bagi salam, baru saya jawab salam dia. Mona kata antara ramai-ramai staf di penjara, dia paling suka saya. Saya tanya kenapa? Dia jawab gerak hati.
Saya tak pernah sangka seumur hidup saya, dengan ‘salam’ yang diberikan Mona itu telah menjadikan dia seorang sahabat saya, katanya.
Tambahnya, Mona merupakan seorang yang sangat gemar berbual. Tidak pernah kering dengan topik perbualan membuatkan Azizah berasa sangat senang mendengar cerita-cerita daripada Mona. Malah, Mona sangat suka bercerita mengenai anak-anaknya, bekas suami, suami kini, resepi masakan dan banyak lagi.
keratan akhbar mona fandey
Hanya Azizah sahaja yang ketika itu tidak gentar bersua muka dan bertentang mata dengan wanita yang dikatakan memiliki ilmu kesaktian luar biasa itu. Kebanyakkan kakitangan penjara ketika itu, rata-ratanya berusaha untuk mengelak daripada menguruskan rutin harian Mona kerana bimbang dengan ‘ilmu hitam’ dimilikinya.
Saya panggil Mona ‘Makcik’ dan dia panggil saya ‘Cik Jah’. Percaya atau tidak, Mona ni sebenarnya seorang wanita yang sangat menjaga solat lima waktu.
Bukan itu saja, solat sunat dan wirid juga tidak pernah ditinggalkannya, Setiap hari saya dengar Mona mengaji al-Quran sehingga saya sendiri rasa terpegun.
Waktu dia baca wirid pula, saya pernah minta dia kuatkan suara kerana saya bimbang dia membaca bacaan yang ‘salah’. Apa yang saya dengar adalah perkataan ‘Subhanallah’ yang tidak berhenti keluar dari mulut Mona,
Mona seorang wanita yang sangat sopan apabila bercakap. Dia sangat peramah tetapi masih menjaga adab dalam percakapannya. Sebaik-baik Mona apabila berbual, tidak pernah sekalipun dia bercakap buruk mengenai orang,
Walaupun pada ketika itu kakitangan penjara ramai yang mengatanya tetapi Mona sangat sabar dan positif. Tak pernah dia nak membalas atau memburukkan orang,
Mona sangat suka berkongsi resepi masakan dengan saya. Dia kata dia suka letak daun pandan dalam masakan sebab akan jadi wangi. Saya nampak dia seorang yang penyayang dan ikhlas, katanya.
Pernah beberapa kali Azizah terbaca cerita mengenai Mona di akhbar seperti, Mona terapung di dalam sel, Mona boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan terbalik, Mona dilihat keluar dari sel oleh salah seorang kakitangan penjara dan bersiar-siar di Chow Kit dan banyak lagi.
Demi mendapatkan kepastian, Azizah akan terus bertanya kepada Mona mengenai cerita-cerita mistik yang dibacanya.
Saya suruh Mona apungkan badan dia macam dalam suratkhabar laporkan. Mona kata gila ke apa? Mana dia boleh apungkan diri dia.
Kemudian saya suruh dia baca Surah Al-Fatihah terbalik. Mona jawab, sedangkan nak baca bismillah terbalik pun susah apatah lagi Surah Al-Fatihah,
Paling menarik, saya pernah tanya pada Mona betul ke dia keluar sel dan ke Chow Kit? Mona jawab, kalau dia boleh keluar sel buat apa dia nak ke Chow Kit? Baik dia balik ke rumah dan tak perlu masuk ke dalam sel lagi.
Namun, apabila kita fikirkan balik, apa yang dikatakan Mona itu benar. Kalau betul dia ada kuasa yang boleh memboloskan diri dari penjara, lebih baik dia pulang ke rumah dari ke Chow Kit,” seloroh Azizah sambil tersenyum.
Seketika Azizah terdiam, kemudian menyambung semula ceritanya. Dia akui terdapat satu cerita di sebalik kes ini yang tidak diketahui umum. Barangkali yang tahu sekalipun, mereka yang terlibat secara langsung sepanjang tempoh perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mazlan ini.
Ujarnya, Mona sering meyakinkannya mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tarikh pembunuhan ahli politik itu dan Azizah akui pada awalnya sukar untuk mempercayai kata-kata Mona.
OKT 1
Namun, ternyata Mona berjaya membuktikan kepada Azizah bahawa dia tidak menipu kerana kenyataannya di penjara dan mahkamah begitu konsisten sekali. Tiada perubahan cerita, tiada perubahan fakta. Mona kelihatan begitu tenang menghadapi perbicaraan kesnya itu.
Tahukah kita semua bahawa sebenarnya Mona bukan suspek utama kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris? Dia merupakan OKT-3 (Orang Kena Tuduh Ketiga) manakala dalang sebenar kes pembunuhan ini adalah OKT-1 dan OKT-2 yang merupakan suami Mona sendiri, Affandi dan pembantu peribadi mereka, Juraimi.
Hakikatnya, pada hari kejadian mangsa dibunuh kejam Mona sekadar mendapat arahan daripada Affandi untuk keluar memetik bunga sebelum satu upacara mandi bunga bersama mangsa dijalankan. Mona duduk di atas bahagian kepala mangsa yang berada dalam posisi baring kemudian secara tiba-tiba Juraimi meluru masuk dan... (Azizah terdiam)
Saya berada sepanjang prosiding mahkamah berlangsung kerana atas permintaan Mona sendiri, dia tidak mahu pegawai lain yang mengiringinya.
Jadi, tangan saya akan digari bersama tangan Mona ke mana sahaja. Mona telah membuktikan dia bukanlah dalang dalam kejadian ini. cuma silapnya Mona berada di tempat kejadian.
Dia tidak bersalah sebenarnya. Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap OKT-1, OKT-2 dan OKT-3. Peguambela Mona tidak berputus asa dan telah membuat rayuan,
Hakim mempertimbangkan perkara itu kerana Mona hanya OKT-3 dan Mona boleh dibebaskan. Peguambelanya memujuk Mona untuk pulang bersama anak-anak yang sedang menantinya.
Ujar Mona, jika dia dibebaskan, dia mahu Affandi juga dibebaskan. Jika suaminya digantung, biarkanlah dia digantung bersama Affandi,
Itu pilihan Mona. Dia nak bersama suaminya. Saya nampak Mona seorang isteri yang sangat baik dan sayangkan Affandi. Secara jujurnya, selama saya menjaga Mona di sel akhir saya sendiri gagal menemui kejahatan dari dalam dirinya,
Saya masih ingat satu cerita dimana orang yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jenazah Mona selepas digantung menyatakan dia sendiri tidak tahu dimana nak mencari cacat cala pada jenazahnya kerana Mona meninggal dengan keadaan sangat baik. Tubuh yang bersih dan mudah diuruskan,” ujarnya lagi kepada Malaysian Digest.
Menariknya, bekas suami Mona yang juga merupakan seorang anggota polis tidak pernah terlepas daripada menghadiri perbicaraan kes bekas isterinya itu. Kehadiran bekas suami Mona tanpa jemu ke mahkamah membuatkan Azizah tertarik untuk mendekati lelaki itu.
Apa yang mengharukan hatinya apabila bekas suami Mona menjawab:
Mona nak bunuh semut pun tak sampai hati. Waktu nak siang ikan pun dia menangis, apatah lagi nak kerat manusia.
Bahkan, anak-anak Mona juga sentiasa hadir dalam perbicaraan ibu mereka sebagai tanda memberi sokongan kepada Mona. Anak-anak Mona pernah menyatakan bahawa mereka lebih mengenali siapa ibu mereka yang sebenar.
Disitu Azizah mengakui Mona merupakan seorang ibu yang berjaya membentuk keperibadian serta akhlak yang tinggi dalam diri anak-anaknya. Mereka sangat mentaati Mona biarpun ibu mereka itu bakal berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati dan menelan stigma masyarakat kita yang sentiasa negatif sehingga ke hari ini.
Kerana cintakan suami, si isteri mengorbankan kebebasannya biarpun sudah terbukti tidak bersalah. Begitu juga, kerana kasihkan suami, Mona memilih untuk sehidup semati di tali gantung bersama Affandi.
Saya pelik macam mana orang luar yang tak pernah masuk penjara, tak pernah jumpa Mona atau menguruskan halnya selama dia dipenjara, lebih banyak bersuara seperti mengetahui segala-galanya berbanding saya yang bersama Mona siang dan malam?
Saya sampai tarik kerusi duduk depan sel Mona untuk teman dia berbual, orang lain lagi mengetahui selok belok hal Mona?
Benda yang paling saya sedih sekali, sehari sebelum Mona digantung saya nampak dia dibawa turun dari tingkat atas ke bawah. Muka dia nampak ceria sangat. Senyum tak sudah! Saya tanya Makcik nak kemana?
Mona jawab dia nak pergi 'shopping'! Sebenarnya, dia dapat jumpa Affandi dipenjara sebelah, Sampai pusing di 'corner' bangunan, saya nampak dia toleh dekat saya dan tersenyum biarpun kedua tangannya bergari.
Saya sendiri terlupa hari itu adalah hari Khamis, dimana banduan beragama Islam akan digantung pada pagi Jumaat. Itupun kawan saya yang juga baik dengan Mona beritahu, Mona dah nak digantung esok,
Saya terduduk dan menangis tak berhenti. Itulah kali terakhir saya jumpa Mona dan saya sampai sekarang tak dapat lupa senyuman dia.
Kalau saya tahu dia akan digantung, tentu sekali perkara yang nak saya buat adalah memeluk Mona. Saya kenal siapa Mona Fandey. Saya terlalu rindukan dia,” katanya dan pada saat itu Azizah menitiskan air matanya.
Ujarnya, Mona tidak seperti banduan akhir yang lain. Keikhlasan yang ada dalam diri Mona benar-benar dapat dirasai Azizah. Kenakalan Mona yang sering mengusik kakitangan penjara yang lemah semangat dan gemar mengatanya kadang kala membuatkan Azizah tersenyum sendirian tatkala teringatkan kenangannya menjaga sel akhir Mona.
Sehingga hari ini, Azizah tetap setia menyimpan kenangan manis bersama seorang wanita yang amat ‘digeruni’ rakyat Malaysia dan ‘kononnya’ pembunuh paling kejam di Malaysia.
OKT 2
Biarpun berstatus banduan akhir yang telah digantung, Mona tetap mempunyai ruang istimewa di hati Azizah dan dia percaya Allah lebih mengetahui dimana kedudukan yang selayaknya buat insan semurni Allahyarhamah Maznah Ismail.
Ternyata setiap manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan sewaktu hidup. Bahkan, urusan pahala dan dosa bukanlah selayaknya diadili oleh manusia lebih-lebih melibatkan aibnya sewaktu hidup.
Memetik kata Ustaz Abdul Rasyid yang sudah berpengalaman lebih tiga dekad mengendalikan hal ehwal agama banduan:
Alhamdulillah, Mona mengucap dengan fasih siap dengan terjemahan sekali. Pada sayalah, dia tahu waktu dia nak mati. Balasan dunia dia dah terima. Dengan Tuhan, kalau Tuhan terima taubat dia, mungkin dia jauh lebih baik dari kita semua." – Sumber Arkib Negara : Mona Fandey.
Apakah dengan tulisan ini mampu mengubah stigma anda pada wanita bernama Mona Fandey supaya diletakkan dalam ruang yang adil berdasarkan kebaikannya sewaktu hidup dahulu?
Atau anda lebih selesa untuk terus memahami ‘cakap-cakap’ orang mengenai kejadian yang berlaku kerana sudah dididik dengan ‘trend’ bahawa Mona Fandey adalah pembunuh paling kejam di Malaysia? Anda pilih.
Sumber : malaysiandigest


#Trending : Komen Dari Tun Fiqa Mohammad Isu Kahwin 6 Minggu Ini Pastinya Mengejutkan Dan Kita Tidak Pernah Terfikir Selama Ini....


satu kenyataan yang di buat oleh seorang pengguna facebook tun fiqa mohammad menjadi viral di media sosial apabila kenyataan itu menarik perhatian ramai ,kenyataan yang di muat naik semalam hampir mendapat 19.000 kongsian setakat ini dan masih terus meningkat.katanya share bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk di jadikan iktibar dan pengajaran buat kita semua…berikut kenyataan beliau.

My heartfelt condolence. Share bukan utk aibkan sesiapa tapi utk jadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.
Semoga para lelaki mendalami indahnya akhlak Rasulullah sebagai suami dan ketua keluarga sebelum berkahwin.

My husband always remind me that ‘love is not just about feelings, its commitment’. How 2 person commits to give their best, whatever it takes.

Looking at ths two, i guess im a bit demanding as well.. I pun nak Prada nak LV nak Ferragamo.. But my husband cakap, mengikut Islam, when he takes me, he takes up the responsibility to fulfill my wants and needs.. Tp i pun tak ada lah minta bukan2 frm my husband bcz i pun kerja so i can afford what i want with my own money.. Ni lah dipanggil EHSAN.

Tahu tak tugas dalam rumah ialah tanggungjawab suami? Tahu tak dlm Islam ada bahagian nafkah utk wangian dan perhiasan isteri? I taktahu, Saif yg beritahu.. Tahu tak, kalau isteri dah biasa bersenang jadi tanggungjawab suami utk sediakan maid? Itu pun Saif beritahu.. Kenapa Saif tahu bcz he reads alot, he listens alot.. Dia bukan lelaki yg besar kepala dan bentuk marriage ikut kepala dia je dengan verdict, ikut hukum agama isteri kena patuh pada suami! Tak, Rasulullah tak berkeras dgn isteri, Baginda suami penyayang, kongsi selimut, bergurau senda, pergi pasar kemas rumah, what does that tell u? It means he was a loving man, responsible and tolerates in marriage.

Tanggungjawab isteri dlm Islam ialah menjaga suami, menjaga harta suami sepanjang pemergian dan menjaga kehormatan diri.. Kerja rumah tu ehsan isteri, jaga anak tu ehsan, duit isteri dalam household ialah sedekah dari isteri. Tak percaya? Dalamilah ilmu agama berkaitan perkahwinan.. Jgn tahu nak kawin je lepas 6 minggu dah macam2 jadi..

Kalau mutually dah agree to swap duties, itu persetujuan antara suami dan isteri. EHSAN. Ini rumah bersepah marah isteri pulak instead of buat jugak. Susu anak pun tak reti nak buat. Memang tanggungjawab lelaki besar. Sebab tu, kalau tak sanggup, fikir byk kali sebelum kawin.

Indahnya perkahwinan bila suami jadikan akhlak Rasulullah sebagai his way of life and core of action.. Ni tak, kutip sunnah tang kawin 4.. Imamkan isteri solat pun entah ada ke tak.. Kerja rumah serah bulat2 kat isteri.. Duit sendiri perabih kat main bola, lepak dgn kawan, rokok. Duit isteri guna beli pampers duit dapur. Duit isteri bayar rumah bayar kereta. Itu semua tanggungjawab suami. Macam mana rezeki keluarga nak bertambah kalau isteri bagi duit dlm tak ikhlas dlm marah sbb suami tak berikan nafkah dia malah ambil pulak lagi dr dia bahagian yg sepatutnya tanggungjawab suami? Again, if the parties dah agree to swap responsibility, itu lain. Thats EHSAN.

Susah kan jadi lelaki? Sebab itu lah digalakkan kahwin dari kalangan sekufu.

Tapi zaman sekarang, entahlah.. Kita kata kita islam, tapi kita pilih2 panduan yang mana nak ikut.. Sedih kan.

Kalau Rasulullah tengok agaknya Baginda sedih tak? Ini ke Umat yg dia rindu dan sebut berkali2 sebelum wafat tu.. Ini ke umat yg nak diberi syafaat tu..

Ingatan buat sendiri dan semua, jom kita tepuk dada tanya iman.Tun Fiqa Mohammad